Kehendak manusia terhadap cinta memang beragam. Ada yang sukar mencari pasangan dan ada pula yang mati akal untuk menolak cinta .
Mencari cinta lelaki tidak semudah mencari pakaian di gedung membeli belah. Kadangkala memang lelaki itu sudah menghulurkan tali untuk mengikat, tetapi jauh disudut hati terasa sukar menerima biarpun kerap keluar bersama. Dalam mencari pasangan, bagi seorang wanita, mereka bukan terlalu demand tetapi mereka lebih berfikir bagaimana mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan tempat berpaut.
Umumnya wanita memang suka jika ramai lelaki dekat dan terpikat kepadanya. Siapa yang tidak ingin dirinya menjadi perhatian ramai lelaki? Dan betapa bahagianya hidup jika orang yang dicintai itu turut membalas cinta dan mengungkapkan perasaan untuk hidup bersama. Cinta yang berbalas sudah pasti mengasyikkan, tetapi bagaiamana pula jika seseorang yang menyuarakan hasrat itu bukan lelaki atau wanita idaman. Dia hanya kita anggap sebagai teman biasa dan tidak ada sekelumit cinta pun untuknya. Kalau ini terjadi bagaimana kita mahu menolaknya? Memang bukan perkara mudah. Banyak sebab yang membuatkan lidah kita kelu untuk membuat penolakan itu, antara takut menyakitkan hati, takut kehilangan kawan, atau bimbang terputus hubungan dengan lelaki tersebut. Jika dilema ini yang sedang anda hadapi, ikuti cara ini.

Ambil Sikap Berlawanan
Ketika dia telah menyuarakan perasaannya, tentu ada sesuatu yang membuatnya tertarik kepada anda. Mungkin keceriaan anda, sifat anda yang feminisme atau macho, atau kerana sikap perihatin anda, serta banyak perkara lagi yang boleh membuat seorang tertarik kepada anda.
Gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan sikap yang berlawanan. Jika selama ini anda seolah-olah memberi perhatian atau seorang yang perihatin, maka kurangkan perihatin anda kepadanya. Jika dia tertarik dengan sikap anda yang apa adanya, tidak ada salahnya tampil ‘nakal’ atau ‘gedik’ sedikit di depannya. Sikap ini akan membuat dia berfikir semula untuk memilih anda. Jangan bimbang kerana paling teruk pun, dia akan berfikir bahawa anda tidak ada pendirian tetap dan tak ada kelas.
Cara ini mungkin lebih mujarab jika anda bercakap mengenai lelaki lain ketika bersamanya. Ini cara terbaik untuk memadam keinginannya untuk menjadi kekasih anda. Katakan betapa anda amat tertarik pada lelaki atau wanita itu, dan berharap boleh menjadi kekasihnya. Percakapan ini boleh menjadi jarak, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa anda hanya ingin menjadikan dirinya sebagai kawan biasa dan sebagai tempat untuk berkongsi cerita.

Jangan Terbuka
Jangan beri kesempatan kepadanya untuk membuat tafsiran terhadap diri anda. Kecuali dia memang sudah mengetahui hubungan anda berdua hanya sebagai sahabat baik. Jangan mengungkapkan perasaan, emosi, kemalangan atau sesuatu masalah yang terjadi terhadap diri anda kepadanya. Ceritakan perkara-perkara biasa yang gembira sahaja. Lelaki cenderung merasakan telah diberi hati, dan dipercayai, jika dirinya telah dijadikan tempat mengadu nasib dan tempat meluahkan perasaan oleh wanita idamannya. Apalagi jika dirinya diminta untuk membantu menyelesaikan masalah.
Lelaki sangat suka jika dapat membantu menyelesaikan masalah temannya terutamanya wanita.
Selain itu, jangan beri peluang untuknya mengungkapkan kegalauan hatinya kepada anda. Kalau dia mengatakan sedang menghadapi masalah dan ingin bercerita, tolaklah secara halus. Katakan anda sedang sibuk atau sebagainya. tetapi jika dia sudah berada di hadapan anda, cukuplah hanya menjadi pendengar yang baik. Jangan memberi apa-apa saranan atau bersimpati dengannya.

Jauhi Berdua-duaan.
Umumnya lelaki akan cari kesempatan untuk rapat dengan wanita yang disukainya dan berusaha untuk mengungkapkan perasaannya. Dari itu jangan beri ruang antuk anda berdua-duaan dengannnya. Kala dia mengajak anda kelua berdua dengannya, tolaklah dengan halus, samada katakan anda ada urusan lain atau katakan anda lebih suka keluar beramai-ramai. Anda tetap keluar bersamanya tetapi dengan kawan-kawan anda atau kawan-kawannya. Pergilah makqa bersama atau membeli-belah beramai-ramai. Lagipun bukankah persahabatan sejati, harus saling menghargai kebebasan setiap individu.
Kalau dia berkunjung ke rumah, pastikan ada teman-teman, sanak saudara atau ahli keluarga anda berada di rumah dan tetap bersama anda melayani di ruang tamu. Dengan cara ini, dia tidak mempunyai waktu untuk mengenali anda dengan lebih mendalam. Dan anda pun tidak akan menghadapi situasi tidak menyenangkan kerana terpaksa menjawab lamaran hatinya. Kalau dia bersungguh-sungguh juga mahu menyuarakan hasrat hatinya, paling tidak pun dia mencari alternatif lain, seperti menelefon, melalui surat, email atau SMS wink.gif . Anda tidak akan tertekan memberikan jawapan kepadanya kerana dia tidak ada di depan mata anda. Jika anda menolak pun anda boleh memainkan bahasa yang baik tanpa dia di depan mata.
Share To:

ANEKA UNDANGAN

Post A Comment:

0 comments so far,add yours